i hope u olls enjoy it when see my blog...:)

Halaman

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday 8 September 2012

Hak bersama suami isteri






Hello to all the readers … apa khabar sume sakura harap u alls sentiasa sihat n happy selalu ye … sudah seminggu sakura x update blog nie kan. Actually sakura nak update tetapi banyak sgt perkara yang menghalang. So hari ini sakura ada banyak masa tok update blog nie.


Baiklah before nie sakura ade kongsi mengenai hak suami isteri dan tanggungjawab masing2 kan. So skang nie sakura nak kongsi dgn anda sume mengenai tanggungjawab bersama pula. Tanggungjawab suami dan isteri yang perlu dibuat bersama.


Tanggungjawab bersama yang pertama ialah pasangan suami haruslah sentiasa bersyukur dan sentiasa merendah diri ketika di khalayak ramai. Mereka juga seharusnya sabar dan tabah menghadapi segala dugaan dan akhirnya sentiasa bertawakal kepada dalam apa jua rancangan yang dilakukan bagi mendapatkan keberkatan dari Ilahi.

Tanggungjawab bersama juga ialah sentiasa mengadakan syura bagi menyelesaikan masalah dalam keluarga. Hanya dgn syura antara suami dan isteri masalah dapat diselesaikan dgn baik dan rasional. Selain itu, mereka haruslah saling tolong-menolong dan kerjasama dalam semua perkara dan paling dalam hubungan suami isteri sentiasa saling ingat mengingati dan nasihat menasihati antara satu sama lain.

Selain itu juga, pasangan suami wajiblah sentiasa selalu minta maaf antara satu sama lain. Contohnya before nak pergi kerja si isteri wajiblah menyalami tangan suami dan minta maaf jika ada kesalahan yang kita lakukan tanpa sedar. So, itu akan lebih merapat lagi hubungan antara suami dan isteri. Mereka juga haruslah sentiasa berbaik sangka. Janganlah membiarkan sifat cemburu itu menguasai kita kerana seorang lelaki tidak akan suka bila isteri nya sendiri meragui kesetiaan dia. Jangan lah kita sentiasa mengatakan keraguan hati kita itu kerana seorang lelaki akan terasa dicabar apabila isteri mereka menuduhnya membuat perkara yang dia tak pernah buat dan berkemungkinan dia akan buat sume itu kerana terasa dicabar oleh isteri mereka. Fikirlah dulu sebelum meluahkan sesuatu terhadap pasangan masing2.

Dalam pasangan suami isteri tanggungjawab yang paling penting untuk dilakukan ialah sentiasa mengamalkan solat jemaah bersama keluarga yang diimamkan oleh suami. Adalah lebih berkat hidup pasangan itu sekiranya mereka sentiasa berjemaah. Selain itu, tanggungjawab yang paling utama ialah mengeratkan lagi hubungan dengan kedua belah ahli keluarga. Jangan lah sekali kali kita memilih kasih dengan ahli keluarga yang lain. Mereka haruslah sentiasa adil kepada kedua dua belah pihak dan janganlah mereka menceritakan masalah atau keburukan keluarga mentua kepada keluarga sendiri kerana ia akan menyebabkan timbulnya salah faham antara mereka. Suami dan isteri mestilah memberi peluang pada diri mereka sendiri untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Okaylah sampai sini sahajalah entry sakura tok hari nie yek. Rasanya panjang juga entry nie. Next entry sakura sambung lagi yek mengenai perkahwinan nie. Ingatlah kata-kata sakura nie bahawa redha suami merupakan syurga buat isteri. Jadi berusaha lah utk mendapat keredaan suami itu yek….salam sayang dari GADIS SAKURA.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...