i hope u olls enjoy it when see my blog...:)

Halaman

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 5 September 2012

Hak Isteri Tanggungjawab Suami







Wah memang lama benar yek sakura x meng ‘update’ blog nie yek. Sakura rasa masih tak terlambat lagi sakura nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada sume bloggers and readers k… Amacam raya kowang happening tak. Raya sakura tahun nie biasa2 sahaja sama jek cam sebelum2 nie.


Okay lah hari nie sakura nak berkongsi satu lagi ilmu tentang rumah tangga. Before nie sakura ada kongsi tentang hak suami yang menjadi tanggungjawab isteri kan. So, hari nie sakura nak kongsi tentang hak kita sebagai seorang isteri yang merupakan tanggungjawab suami. Seorang lelaki mesti analyze sume nie dulu before kahwin yek sebab sume nie dah jd tanggungjawab tau berdosa kalau x laksanakan dengan betul.

Hak isteri yang pertama dan paling penting ialah isteri berhak mendapat nafkah dari segi zahir dan batin dan ia merupakan tanggungjawab suami untuk menyediakan sume nie k. jika suami tidak memberi nafkah kepada si isteri, si isteri boleh meminta fasakh di mahkamah. Betapa pentingnya hak isteri nie jangan buat main2…(hehehe)

Yang kedua pula si isteri berhak mendapat keselamatan, kesihatan dan kebajikan yang sempurna dari suami nya. Jangan pula si suami menjadi terlalu zalim dengan sanggup menyuruh si isteri menjual tubuh bagi dirinya pula. Itu bermakna si suami tidak menjaga keselamatan isteri. Suami juga berfungsi sebagai jalan penyelesaian masalah kepada isteri. Sentiasa membantu si isteri menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya bukan menambahkan lagi masalah dan bebanan kepada isteri.

Selain itu, si isteri berhak mendapat kasih sayang yang secukupnya, mendapat pergaulan yang baik dan taat kepada suami. Sume itu adalah tanggungjawab si suami bagi memenuhi hak isteri ini. Seorang isteri juga perlu dibimbing dan dididik oleh suami dalam melaksanakan urusan rumah tangga dan Allah. Jika seorang suami gagal mendidik isteri bermakna suami itu tidak mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan rumah tangga juga mudah untuk musnah.

Hak isteri yang lain juga ialah si suami wajib merahsiakan aib isteri dan jangan mendedahkannya kepada orang contohnya si isteri ada masalah ketika bersama jangan lah si suami menceritakan aib isteri itu kepada orang lain kerana ia akan memalukan diri dia sendiri dan juga si isteri. Suami tak boleh melakukan sebarang kekerasan terhadap isteri.

Antara yang paling penting hak isteri ialah suami berhak menjaga hati dan perasaan isteri serta suami perlu menjauhkan diri dengan sifat cemburu buta kerana cemburu memanglah tanda sayang tetapi cemburu buta itu yang akan membawa kepada penceraian.

Sikit pesanan dari sakura ialah jika suami ingin memukul isteri mestilah pukul dengan tuala basah kerana tidak menyakitkan dan kemudian baru pukul menggunakan lidi sebanyak 100 batang.

Okaylah sampai sini sahajalah entry tuk kali nie k…next time sakura sambung lagi k…dah malam sakura masuk tido sulu yek….daaaa sume….selamat malam sume….oopppsss lupe plak tok entry kali ni sakura harap anda sume dapatlah inputnya yek…..da….

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...