i hope u olls enjoy it when see my blog...:)

Halaman

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday 22 July 2012

Didikan ibu kepada anak


Lame jugak yek gadis sakura x update blog nie. Asyik edit blog jek sampai lupa nak masukkan entry baru...
Gadis sakura baru jek balik dari holiday dengan family rapat. Selama 4 hari tinggal bersama mereka macam2 yang gadis belajar dari mereka. Sebenarnya gadis tidak berapa suka dengan cara didikan dalam family mereka. Apa yang gadis mahu kongsi disini cara didikan yang gadis rasa agak salah sehingga mengakibatkan sesuatu yang salah.


Gadis cerita dari mula ya. Dalam family ini  bermula dari didikan yang tertua dalam family ini, cara didikan nya yang salah iaitu dia banyak mengajar anak mereka dengan cara yang kasar. Contohnya cara berbahasakan diri antara anak dan ibu. Ibu mereka boleh membiarkan mereka berbahasakan aku dan orang tua tanpa marahkan mereka. Si anak boleh memanggil ibunya orang tua dan sesuka hati bercakap mengenai mati terhadap ibunya seperti tiada hormat antara mereka. Bukankah kata2 yang keluar dari mulut seseorang itu adalah doa. Apa si anak itu mendoakan ibunya mati cepat ke. Gadis agak takut dengan cara percakapan antara mereka anak beranak.

Kemudian apabila salah didikan ibunya terhadap anaknya boleh meyebabkan apabila si anak itu berkahwin dan ada anak cara dia didik anaknya pon salah. Sebab apa gadis cakap camtu sebab biasalah kan budak baru berumur 8 tahun memang sentiasa ingin tahu san mempelajari sesuatu kan. Tetapi si ibu boleh ajar lebih kurang then bila dia rasa soalan itu macam soalan bodoh dia boleh jawab dengan cara yang membolehkan si anak berfikir macam orang bodoh. Contohnya, apabila si anak tidak tahu untuk mengeja satu perkataan. Si ibu boleh menjawab eja suka hati kau. Tidak boleh ke si ibu mengajar anaknya dengan betul. Dan yang paling gadis sedih sekali apabila seorang sanggup mengatakan yang si anak itu lembab, pekak,hodoh dan macam2 lagi. Bukankah satu perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu terhadap anaknya adalah satu doa yang amat makbul. Si anak akan terus lembab kerana ibu nya sendiri mendoakannya. Amat sedih gadis lihat si anak itu seperti tidak dapat dibanggakan oleh ibunya sendiri.

Ini semua adalah cerita benar yang berlaku pada zaman kini. Seperti tiada gap kehormatan di dalam hubungan ibu dan anak. Alahamdulillah gadis bersyukur gadis mendapat didikan yang terbaik dari ibu gadis dan insyallah gadis akan ajar anak gadis akan datang apa yang gadis belajar dari ibu gadis.

Oklah sampai sini entry gadis sakura menceritakan kisah benar. Semoga akan ada iktibar dari semua situasi ini. Gadis berhenti disini dan tunggulah entries gadis yang seterusnya. Selamat berpuasa semua. Salam Ramadhan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...