i hope u olls enjoy it when see my blog...:)

Halaman

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 31 July 2012

Hak suami-tanggungjawab isteri



Apa khabar semua….gadis sakura harap semua pembaca sihat wa afiat di bulan yang penuh barakah ini. Hari ini sakura nak berkongsi dengan anda semua tentang hak suami ke atas isterinya mesti anda semua ingin tahu kan apa ya hak suami dan semua hak suami itu merupakan tanggungjawab yang perlu isteri lakukan.


Okay lah hak suami yang paling utama ialah mereka berhak menjadi pemimpin atau ketua dalam keluarganya. Hanya seorang lelaki yang sudah berkahwin akan diberi hak sepenuhnya menjadi ketua dalam keluarganya umpama nakhoda di dalam sebuah kapal. Jika seorang lelaki itu tidak ada sifat kepimpinan yang tinggi maka mudah lah keluarganya akan musnah kerana umpama dalam kapal jika nakhoda nya salah memberi arahan maka mereka tidak akan sampai ke destinasinya.

Okay lah sekarang sakura nak explain apa yang dikatakan hak suami merupakan tanggungjawab isteri. Pertama ialah suami berhak mendapat kesetiaan dan ketaatan isteri dan suami juga berhak mendapat layanan yang terbaik daripada isterinya. Itu semua adalah tanggungjawab isteri. Isteri wajib memberikan kesetiaan dan memberi layanan yang terbaik kepada suami. Berdosa besar jika si isteri menduakan suaminya dan tidak memberi layanan yang sepatutnya kepada suaminya. Selain itu, si isteri wajib menjaga maruah dan rahsia suami. Janganlah menceritakan rahsia suami kepada sesiapa even family dia sendiri. Contoh yang paling mudah bagi menjaga maruah suami ialah menutup aurat. Rambut si isteri itu merupakan maruah suami. So, kita sebagai seorang wanita seharusnya menutup aurat kerana itu adalah perintah Allah s.w.t. dan juga bagi menjaga maruah suami kita juga.

Paling penting tanggungjawab isteri yang merupakan hak suami ialah si isteri wajib mendapatkan keizinan suami dalam setiap hal yang mahu buat. Berdosa kita melakukan sesuatu yang tidak mendapat keizinan suami. Selain itu, isteri wajib menjaga harta benda suami bukan menghabiskan harta suami kita. Jikalau si isteri mahu menggunakan duit suami kena beritahu dia dahulu minta izin dahulu baru guna jika tidak ia akan dikira si isteri itu mencuri tetapi kalau suami itu tidak memberi nafkah si isteri boleh mengambil duitnya tanpa pengetahuan dia tetapi ambil secukupnya untuk perbelanjaan anak-anak. Jangan ambil lebih untuk digunakan kepada benda yang tidak berfaedah. Isteri juga haruslah menjaga kesihatan, kebersihan, kecantikan dan sempurnakan diri dan rumah tangga serta anak-anak supaya suami lapang hati melihat keluarganya. Jika kita selalu make up keluar dari rumah, di rumah kita harus make up lebih untuk kelihatan lebih cantik dimata suami. Adalah lebih baik jika kita berhias cantik hanya untuk suami berbanding berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki lain.

Anda pernah dengar tidak isteri itu cerminan suami. Apa-apa yang dilakukan isteri di public semua orang akan mengaitkan suami nya. Contohnya, jika kita sentiasa bertutur dengan kata-kata yang baik maka semua orang sekeliling akan berkata “beruntungnya suaminya mendapat isteri sebaik ini”. Mesti tenangkan hati suami kita jika dengar orang kata macam itu. Suami akan berasa bangga mendapat isteri seperti itu. Sakura tambah sedikit mengenai perkara yang paling bagi menggembirakan hati suami ialah kita sebagai isteri mestilah sentiasa memberi pujian pada suami kerana itu adalah kunci kebahagiaan dalam hubungan suami dan isteri. Walaupun suami tidak tidak begitu handsome kita tetap puji kata handsome nya dia. Baru hati dia gembira untuk melalui harinya. Jangan lah bila suami kita tak handsome, bila dia tanya “handsome x sayang???” jangan lah kita jawab “abang memang dah x handsome xyahlah tanya”. Betapa sedihnya si suami bila dengar semua itu dari mulut si isteri. Ingatlah pujian itu adalah kunci kebahagiaan dalam rumah tangga.

Okay lah ini sahaja yang dapat sakura kongsi bersama anda mengenai hak suami adalah tanggungjawab isteri. Sakura harap ini semua boleh memberi input kepada semua kaum isteri bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga anda. Tetapi jika anda ingin tahu mengenai hak isteri pula yang menjadi tanggungjawab suami nantikan entry sakura selepas ok….tungguuu……

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...