i hope u olls enjoy it when see my blog...:)

Halaman

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday 28 July 2012

ISTERI SOLEHAH


Hye semua….apa khabar anda semua…lama juga ye gadis sakura tidak masuk apa-apa entry kan…
So hari ini gadis nak kongsi sedikit info berkenaan perkahwinan. Before nie gadis masuk mengenai suami soleh kan. So sekarang gadis kongsi mengenai isteri solehah pulak yek…

Seorang isteri juga merupakan peranan yang penting dalam institusi keluarga. Mereka berperanan membantu si suami bagi menguruskan institusi keluarga ini. Seorang suami yang soleh amat memerlukan seorang isteri yang solehah juga. Ciri-ciri seorang isteri solehah ini gadis peroleh dari sumber yang memang boleh dipercayai dan mudah untuk diikuti.

Seorang isteri yang solehah haruslah mempunyai baik akhlaknya. Baik akhlak itu ialah sentiasa menghormati dan mentaati suami dan tidak pernah meninggalkan solat fardu. Selain itu, memang lumrah seorang wanita itu memang banyak mulutnya dan cakap main lepas jek kan. So, seorang isteri yang solehah haruslah sentiasa pelihara mulutnya daripada bercakap mengenai kelemahan atau kelebihan suaminya serta keluarganya. Kita perlu mengurangkan bercakap benda yang tidak penting terutama sekali mengenai masalah keluarga kerana ditakuti si isteri terlepas bercakap keaiban si suami. Mereka juga harus pelihara mulutnya daripada berkata mengenai keluarga masing-masing. Contohnya, jika ada apa-apa masalah berlaku pada keluarga si suami, si isteri janganlah menceritakan masalah itu kepada keluarga sendiri dan begitulah sebaliknya. Janganlah menceritakan keaiban keluarga masing- masing kepada keluarga pihak yang lagi satu.

Seorang isteri yang solehah juga akan jaga kehormatan diri serta kehormatan suami. Kehormatan diri kita merupakan kehormatan suami kita juga. Contoh yang paling simple gadis boleh beri ialah menutup aurat. Jika kita tidak menutup aurat, dosa kita dahlah suami yang tanggung lagi satu rambut kita tu merupakan maruah suami kita. Jika kita menutup aurat bermakna kita menjaga maruah suami kita daripada dicemari oleh orang lain. Seterusnya, seorang isteri yang solehah juga akan sentiasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memperoleh suami yang soleh dan keluarga yang sempurna.

Segala pemberian suami akan diterima dengan penuh ikhlas oleh isteri yang solehah. Tidak kira lah apa sahaja pemberian suami itu walaupun ia murah atau mahal, kecil atau besar, isteri yang solehah akan terima dengan ikhlas tanpa sebarang sungutan. Dan yang paling penting dalam ciri seorang isteri yang solehah ialah isteri yang solehah haruslah jangan suka membantah kata-kata suami jika ia masih mengikut syariat Islam. Jangan lah suka membantah kata-kata dan perintah suami jika ia masih mengikut syariat Islam. Seorang isteri yang solehah akan sentiasa ingat bahawa syurganya di bawah tapak kaki suami.

Sampai sini sahajalah entry gadis untuk kali ini. Gadis harap anda semua dapat memahami apa yang gadis cuba untuk berkongsi dengan anda semua dan gadis harap entry gadis ini memberi sedikit ilmu kepada para isteri dan juga yang masih belum menjadi isteri macam gadis untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Nantikan entry gadis selepas ini mengenai tanggungjawab suami dan isteri pula ye….tunggu….




2 comments:

  1. wow very good gadis sakura. i get the input from your entry. keep up the good work.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnx street secret...
      nantikan entry gadis sakura yang lain yek...
      jangan bosan dengan blog gadis sakura k....
      enjoy urself...:)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...